Cinta buat ibuku..
Menyayangimu Bagaikan hatiku tiada sempadan Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku, Meluaskan kecilnya ruang hatiku Menyegarkan lesunya jiwaku Menegangkan uratku yang kian melemah Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu Walaupun cume seketika.. Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat Dan penyuntik ilham Serta penerang obor cahaya Kepada berlikunya jalanku ini…
ummi, aneep sayang ummi.
selamat hari ibu ummi
0 comments:
Post a Comment