Followers

Friday, May 6, 2011

just sWeet :D


Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah

dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la,

alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time

kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku

paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii…

geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan

baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia

yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju

baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau

aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata..

”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang

beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je

la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited

nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku

cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try

call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then,

aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit…

lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia

sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!!

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..”

Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu

lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak

lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la

pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku

hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet

dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai

dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.

Aku pun confius.

Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa

ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya,

time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat

hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk

Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat

hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber

kata..

“Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….”

Eiii… geramnya aku!!!

Tapi

dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but

tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata,

“Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu

hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia

kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak

pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah.

Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia

lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau

dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak

call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi

tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun

warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa

bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh

siap dengan surat lagi.

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku,

Semoga

berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek..

hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat

apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak

kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!!

Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang

beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main

masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak

awak macam ‘anak patung’. Comel sangat…

Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya,

sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa

hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak

kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension.

Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak

bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan

masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya

takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak

terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat

rumah kita.

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya

time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya

dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!

Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar

semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya

sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi

lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi

seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya

kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je.

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu...sweet




0 comments: